Program Hari Terbuka PI Semop: Jom Berambeh di Saai

4 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah mengadakan Program Jom Berambeh di Saai yang bertempat di Balairaya Kampung Saai. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Saai dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 Petang. Program ini telah dihadiri oleh Ayahanda Khatib bin Haji Julaihie iaitu Penghulu Kpg Saai, Ayahanda Ariffin bin Haji Rajaie, Ketua Ranting PBB Kpg Saai, Puan Sharina Bt Jamain , Pengerusi Perstauan Wanita Sarawak (PPWS) Kpg Saai dan Cik Rosita Binti Jahari iaitu Pengerusi SABERKAS Unit Semop. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjng program berlangsung adalah seperti yang telah ditetapkan.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Program;
• Kehadiran Pengunjung
• Pendaftaran Peserta
• Agihan Cabutan Nama Bertuah
• Pendaftaran Keahlian PI (Percuma)
• Pertandingan yang dijalankan:-
• Pertandingan Jari Jemari Pantas (Kategori Kanak-Kanak, Dewasa & Veteran)
• Pertandingan Jizsaw Puzzle (Kategori Kanak-Kanak, Dewasa & Veteran)
• Kuiz ICT (Kategori Veteran)
• Kehadiran Tetamu Jemputan
• Ucapan alu-aluan Pengurus PI Semop, Mohammad Nejatullah bin Husin
• Penyampaian Hadiah Pertandingan & Sijil Penyertaan
• Penyampaian Hadiah Cabutan Nama Bertuah
• Jamuan
• Bersurai

Program Jom Berambeh di Saai ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet Semop dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet dan dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet Semop dengan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan PI kepada usahawan dan juga bakal usahawan yang berminat untuk mendapatkan latihan keusahawanan. Ini akan dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan warga setempat. Selain itu juga, diselitkan sekali Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB) dan video usahawan Berjaya Pusat Internet Semop.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan Program Jom Berambeh di Saai. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung yang menolong pihak PI sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali